Lambang

alt

 

Lambang pertubuhan ini berbentuk bulat dengan warna merah, putih & hitam serta perkataan “Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia” yang merupakan nama persatuan. Terdapat lambang keris bersarung yang terletak pada bahagian tengah bulatan.

 

 

 

Perkataan Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia bermaksud kumpulanyang terdiri daripada orang-orang Melayu warga Malaysia yang mempunyai wawasan untuk memperjuangkan kepentingan-kepentingan orang Melayu di pada bidang-bidang yang strategik terutamanya pada bidang ekonomi dan pendidikan.

 

 

 

Simbul keris bersarung menunjukkan jati diri orang-orang Melayu yang menjadi ahli Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia. Bentuk bulat secara simbolik menunjukkan pemuafakatan dikalangan ahli yang bekerjasama bagi memperjuangkan kepentingan-kepentingan strategik orang-orang Melayu.

 

 

 

Warna merah menunjukkan lambang keberanian & kegigihan ahli-ahli persatuan berusaha memperjuangkan kepentingan - kepentingan strategik orang-orang Melayu.

 

 

 

Warna hitam menunjukkan kesungguhan dan kekuasaan yang ada pada ahli-ahli persatuan yang berusaha memperjuangkan kepentingan - kepentingan strategik orang-orang Melayu.

 

 

 

Warna putih menunjukkan teras ilmu, budaya dan rohani yang ada pada ahli-ahli persatuan yang berusaha memperjuangkan kepentingan - kepentingan strategik orang-orang Melayu.