ZamSaham Official WebsiteZamSaham Official Website

Selamat Datang

Terima kasih kerana mengunjungi laman rasmi Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia.

Belum berdaftar sebagai ahli PPSMM?

HomeMengenai PPSMM

Mengenai PPSMM

PPSMM adalah singkatan bagi Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia.

Tujuan Dan Matlamat PPSMM

 

1.     PPSMM adalah sebuah persatuan pemikir yang bertindak memperjuangkan kepentingan-kepentingan Melayu yang strategik terutamanya pada bidang ekonomi dan pendidikan melalui pemilikan asset-aset dan alat-alat yang strategik serta melalui kaedah-kaedah yang sah.

2.     Memimpin ahli-ahli dan masyarakat Melayu dengan mendidik dan memberi kesedaran mengenai kepentingan bidang-bidang pelaburan yang strategik.

3.     Menyatukan warga Melayu Malaysia di bawah satu pertubuhan supaya entiti dan kepentingan Melayu dikekalkan dalam bidang yang strategik.

4.     Menjalankan aktiviti ceramah, seminar dan bengkel mengenai jenis-jenis pelaburan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

5.     Menggalakkan penyertaan orang-orang Melayu dalam bidang pelaburan di Bursa Malaysia.

6.     Memohon peruntukan saham-saham khas bagi orang-orang Melayu berkaitan dengan syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

7.     Membantu peniaga-peniaga Melayu berskala kecil dan sederhana mengembangkan perniagaan mereka melalui kerjasama dengan syarikat senaraian awam atau berskala besar.

8.     Memohon tempat dan ruang perniagaan yang strategik bagi usahawan Melayu seperti di pusat membeli belah, lot-lot rumah kedai dan mana-mana premis perniagaan yang strategik melalui bantuan kerajaan pusat, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

9.      Mewakili PPSMM dalam hubungan dengan kerajaan, badan-badan tempatan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan yang terlibat dengan industri perniagaan dan keusahawanan.

10.    Memohon, menyewa, membeli dan memiliki tanah, rumah, bangunan dan harta tetap yang lain bagi tujuan PPSMM dengan syarat kelulusan dari pihak berkuasa diperolehi terlebih dahulu.

11.     Membeli, mengambil secara pajakan atau secara pemindahan milik ataupun dengan jalan lain memperolehi sebarang harta alih atau tak alih dan segala hak keistimewaan yang perlu atau mudah bagi tujuan PPSMM dan untuk membina, meminda, memperbaiki dan menyelenggarakan segala bangunan yang dikehendaki bagi tujuan PPSMM.

12.     Menjual, memperbaiki, mengelola, memajukan, menyewa, menggadaikan janji, mencagar, melepas, mendapatkan keuntungan atau sebaliknya menguruskan semua atau mana-mana bahagian harta PPSMM.

13.     Melabur wang PPSMM yang dengan tidak serta-merta diperlukan bagi tujuan PPSMM ke atas jaminan pelaburan yang sedemikian atau yang difikirkan sesuai dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh PPSMM hasil dari penyertaan dalam mana-mana pelaburan yang digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan PPSMM dan tidak sebahagian dari wang atau keuntungan atau bonus diberi kepada ahli. Sungguhpun begitu, peruntukkan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja PPSMM.

14.     Mencetak, menerbit atau membeli hakcipta ataupun sebaliknya memperolehi mana-mana buku, majalah, suratkhabar atau risalah-risalah atau apa-apa kepentingan di dalamnya dan menerima apa-apa cara pun difikirkan perlu oleh PPSMM. Percetakan akan dijalankan selepas mendapatkan kelulusan pihak berkuasa berkenaan terlebih dahulu.

15.     Bergabung dan bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan sama.

16.     Memberi derma dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

17.     Menerima sebarang sumbangan seperti harta atau wang daripada mana-mana pihak, sama ada daripada kerajaan atau orang perseorangan atau daripada badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat yang berdaftar bagi menjalankan tujuan-tujuan PPSMM.

18.     Menjalankan penyelidikan dalam semua masalah dan untuk memajukan atau mencadangkan kaedah-kaedah tindakan dan prosedur yang dianggap perlu atau berfaedah untuk kesemua atau salah satu daripada asas dan tujuan PPSMM.

 

SPONSOR OLEH

alt

SUDAH BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN ATAU SAHAM?

zakat niaga mini banner

PPSMM di MHI TV3

PPSMM Iklan MHI Tv3

Lambang

androidkod

Lambang pertubuhan ini berbentuk bulat dengan warna merah, putih & hitam serta perkataan...Baca lagi mengenai lambang PPSMM...

Cogan Kata

Great Docs and Support"BERSATU MELAYU MAJU"

Bendera

bendera

Bendera PPSMM berbentuk empat segi panjang dengan latarbelakang berwarna putih. Dibahagian tengah terdapat lambang PPSMM dan disebelah bawah...Baca lagi..